fb fb fb fb fb

Kos pelaksanaan pilihan raya enam negeri libat perbelanjaan RM420 juta

PUTRAJAYA, 5 Julai- Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dianggar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM420 juta, demikian dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani.

"Seramai 153,760 petugas akan dilantik bagi membantu kelancaran pengendalian proses pilihan raya berkenaan, dan sebanyak 173 pusat penamaan calon serta 186 pusat penjumlahan rasmi undi akan dibuka pada pilihan raya ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Sementara itu, 3,190 pusat mengundi biasa mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran dan 260 pusat mengundi awal mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan.

Abdul Ghani berkata, keseluruhan jumlah pusat mengundi ialah 3,450 dengan 17,425 tempat mengundi atau saluran.

Majoriti pemilih layak mengundi pada PRU DUN ke-15 12 Ogos depan merupakan individu berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Bagaimanapun, semakan maklumat pengundian, pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan boleh dibuat menerusi laman sesawang MySPR Semak bermula 17 Julai ini.

(Foto hiasan)

Media Baharu