fb fb fb fb fb

Malaysia perkukuh kerjasama syarikat tempatan, syarikat India

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

NEW DELHI, 20 Ogos- Malaysia berharap dapat perkukuh kerjasama antara syarikat tempatan bersama syarikat India terutama dalam bidang mencabar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia meliputi pertukaran kerjasama dalam sektor peralihan tenaga, pendigitalan, keselamatan dan semikonduktor.

"Kami telah memulakan banyak program baru dan kami berharap syarikat-syarikat India bersama-sama syarikat-syarikat Malaysia dapat bekerjasama lebih erat dalam semua bidang, termasuk bidang yang mencabar seperti peralihan tenaga, pendigitalan, dan juga keselamatan.

"Kami juga menekankan keperluan untuk menggunakan pengalaman bersama dalam bidang semikonduktor, dan kami merupakan sebagai hab di Asia Tenggara," katanya.

Perkara itu dilihat dapat memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai hab semikonduktur di Asia Tenggara.

Dalam pada itu berhubung isu seperti penerbangan, visa dan bidang lain yang menjadi perhatian bersama, Anwar berkata tempoh tiga bulan telah ditetapkan, bagi memastikan tindakan segera dan kemajuan yang pantas.

Ia sekali gus mencerminkan pendekatan Perdana Menteri India Narendra Modi yang berorientasikan hasil.

"Dan selebihnya mengenai isu visa penerbangan seperti yang saya katakan, dengan mengetahui gaya kerjanya yang tidak bertolak ansur dengan kelewatan yang lama, kami telah menetapkan jangka masa tiga bulan untuk memastikan semua urusan dilaksanakan dan dilaporkan kepada kami mengenai kemajuan tersebut.," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI