fb fb fb fb fb

Malaysia pacu pelaburan digital di London - MDEC

LONDON, 11 Jun - Pelaburan digital langsung asing (FDI) berbilion ringgit dijangka disumbang menerusi penyertaan dalam Minggu Teknologi London yang menghimpunkan pemain industri digital dunia.

Misi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu diketuai Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata penyertaa Malaysia dilihat selari inisiatif strategik nasional iaitu Malaysia Digital.   

Selain Malaysia, Minggu Teknologi London turut disertai pelbagai syarikat digital terkemuka dan beberapa pemimpin dunia.

Antara intipati penting misi ialah pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri digital antarabangsa.

(Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz)

"Kita dapat buka mata dunia kepada produk dan keluaran Malaysia untuk diambil dan diimport dari negara-negara di sini dibawa dan memperdagangkan perkhidmatan yang dibawa seperti ekonomi digital islam dan juga yang lebih khusus seperti kesihatan iaitu teknologi kesihatan, bandar pintar dan pertanian," Kata Mahadzir.

Tambah Mahadzir, usaha mempererat hubungan dengan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ekonomi digital dunia khususnya syarikat berpengkalan di United Kingdom turut menjadi tumpuan.

Beliau berkata, penglibatan berterusan dengan beberapa syarikat digital negara itu menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi digital Malaysia yang disasar mencapai RM130 bilion menjelang 2025.

Media Baharu