fb fb fb fb fb

Malaysia-New Zealand perkukuh hubungan menerusi pendidikan

AYER KEROH, 3 Oktober - New Zealand komited memperkukuhkan hubungannya dengan Malaysia, menerusi sektor pendidikan.

Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro berkata, ke arah itu pelbagai program pendidikan seperti kolaborasi antara universiti kedua-dua buah negara dan program asasi melibatkan pelajar Malaysia dan New Zealand sentiasa diadakan.

Katanya, menerusi kerjasama itu juga graduan dari Malaysia dan New Zealand antara yang menjadi pilihan utama syarikat ketika mereka mula memasuki alam pekerjaan.

"Hubungan masyarakat bergantung kepada persahabatan yang lama antara Malaysia dan New Zealand. Hubungan kedua-dua kerajaan juga adalah sangat penting, dimana terdapat lawatan profesional dan rayat dari kedua-dua buah negara yang tinggal di Malaysia dan New Zealand mengukuhkan lagi hubungan kita," kata Kiro, di sini.

(Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro berucap
pada program lawatan kerja di Kolej Yayasan Saad (KYS))

Terdahulu, Dame Cindy Kiro hadir ke Kolej Yayasan Saad, sebelum memulakan lawatan kerja beliau di Melaka

Beliau disambut oleh Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan , Hannah Yeoh.

Mengulas lanjut katanya, beliau berharap pelbagai program pendidikan dapat diadakan seperti program melibatkan universiti di New Zealand dengan Kolej Yayasan Saad (KYS) yang memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran mereka di sana.

Media Baharu