fb fb fb fb fb

Malaysia negara pertama terima visa haji dari Arab Saudi

Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 29 April- Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, kejayaan berkenaan susulan persiapan awal dilaksanakan Tabung Haji (TH) dalam pelbagai aspek.

"Jadi dengan adanya keupayaan daripada sudut komitmen yang ditunjukkan warga kerja dan juga sistem yang kita ada, bila permohonan visa dibuka oleh kerajaan Arab Saudi, jadi itu yang utama sekali, menguruskan dengan cepat permohonan visa," katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi pemprosesan visa dan pasport jemaah haji di Menara Tabung Haji di sini.

Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia tahun ini dijadualkan pada 9 Mei ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM