fb fb fb fb fb

Malaysia minta China main peranan lebih aktif dalam usaha penyelesaian konflik Israel-Palestin

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

PUTRAJAYA, 9 November- Konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel diharap dapat diselesai segera serta bantuan kemanusian dapat disalurkan tanpa halangan.

Hasrat itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada China.

Ia dinyatakan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung mengenai pertemuan dan perbincangan Perdana Menteri dengan Naib Presiden China Han Zheng .

"Itu kita mengharapkan supaya China dapat memainkan peranan yang aktif dan itulah harapan yang disuarakan oleh Perdana Menteri tadi dalam perbincangan dengan Naib Presiden China dan respon yang baik pihak China untuk memastikan agar masalah ini segera diselesaikan,"katanya.

Beliau berkata kepada media selepas pertemuan dua pemimpin berkenaan di Perdana Putra di Putrajaya sempena lawatan rasmi empat hari Han ke Malaysia bermula semalam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE