BESUT, 9 November- Jenazah bayi dipercayai mangsa dera, Muhammad Rafiq Rayyan Muhammad Rusydan, 1 tahun 5 bulan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Air Tawar Besut.
Jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira 10.40 pagi diiringi lebih 100 ahli keluarga.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di surau di Rumah Awam Pengkalan Nyireh.
Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan apabila ahli keluarga dan sanak saudara tidak dapat menahan kesedihan apabila proses pengebumian berlangsung.
Che Ku Zaleha Tengku Ali nenek kepada mangsa berkata kali terakhir berjumpa adalah pada Selasa lalu
Beliau tidak menyangka itu pertemuan terakhir bersama cucu yang dijaga sejak lahir.
"Sedih sangat, cucu mmg rapat manja tapi dengan mak dia tidak mahu, malam pun memang tidur skali,"katanya.
Sementara itu, ibu kepada bapa Muhammad Rafiq Rayyan Wan Emmy Haslinda Wan Yascob 52 tahun sangat terkejut dengan insiden yang berlaku dan berharap pelaku cucunya segera ditemukan.