fb fb fb fb fb

Malaysia-Mesir komited eratkan kerjasama, teroka potensi industri baharu - PM

(Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan bersama Abdel Fattah al-Sisi menerusi panggilan telefon/
FB Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 28 Februari- Malaysia dan Mesir komited untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala, selain meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam perbincangan menerusi panggilan video bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini, kedua-dua negara menekankan komitmen itu dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

“Kami juga meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu seperti pembuatan pintar dan ekonomi digital, serta membincangkan isu global yang berkepentingan termasuk keterjaminan makanan, krisis tenaga, Islamofobia dan perjuangan rakyat Palestin.

“Perbincangan kami menggambarkan hubungan ekonomi yang kukuh antara Mesir dan Malaysia.

"Mesir merupakan salah satu rakan dagangan terbesar Malaysia dan salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, di rantau Afrika,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi.'

(Foto FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu