fb fb fb fb fb

Malaysia manfaatkan Sidang Kemuncak ASEAN, tegaskan pendirian mengenai Gaza

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan /Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Oktober – Malaysia akan memanfaatkan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 untuk menyatakan pendirian tegas mengenai isu Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus mendesak agar penyelesaian yang adil, berkekalan dan menghormati aspirasi rakyat Palestin dicapai.

“Meskipun Malaysia negara kecil dan sedang membangun, kita kekal bebas, berprinsip dan jelas dalam dasar luar, terutama dalam isu kemanusiaan sejagat,” katanya pada sesi taklimat bersama ketua pengarang, di sini.

Datuk Seri Anwar turut menegaskan Malaysia akan terus mempertahankan hak untuk menyuarakan pendirian secara jelas tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Pada masa sama, mengekalkan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat.

Beliau percaya Washington memahami pendekatan dasar luar Malaysia yang berteraskan prinsip dan keadilan sejagat.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN