fb fb fb fb fb

Malaysia mahu peroleh pengembangan, pelaburan baharu dari Itali - Mustapa

KUALA LUMPUR, 6 Julai- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia bersedia memperoleh peluang pelaburan baharu dari Itali dalam memperkukuh hubungan dan mengembangkan pelaburan dengan negara tersebut.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan jumlah perdagangan yang ketara dengan Itali iaitu 21.7% tahun lepas manakala bagi empat bulan pertama 2022, angka itu meningkat hampir 30% kepada AS$1.5 bilion.

Jelasnya, tumpuan khusus kepada bidang potensi baharu adalah jentera, automasi, aeroangkasa, teknologi hijau, pengeluaran makanan, bioteknologi, farmaseutikal, industri teknologi tinggi serta pelaburan digital.

Katanya, pelaburan tersebut dilihat akan mencipta peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat tempatan.

Ini memandangkan reputasi Itali sebagai Tuan rumah kepada beberapa syarikat Multinasional terkemuka dunia dan pengeksport utama barangan mewah.

Ujarnya, Malaysia juga komited untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050 bagi menggalakkan pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

Beliau berkata demikian dalam ucaptama dialog peringkat tinggi mengenai hubungan Ekonomi-Asean Italy 2022.

Dialog sehari itu dianjurkan oleh The European House dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Perdagangan Itali.

Dialog diadakan untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan strategik antara negara anggota ASEAN dan Itali.

Media Baharu