fb fb fb fb fb

PM tiba di Ankara untuk memulakan bahagian kedua lawatan rasmi di Turkiye

ANKARA, 6 Julai - Selepas Istanbul, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ankara, bagi meneruskan lawatan rasmi empat hari ke Turkiye.

Ketibaan beliau pada 11.10 pagi waktu tempatan di lapangan terbang antarabangsa Ankara Esenboğa disambut oleh Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar.


(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tiba di Ankara)

Turut hadir, Timbalan Gabenor Ankara Berkay Govcinar dan Timbalan Datuk Bandar Ankara Murat Soylu.

Sejurus tiba, Perdana Menteri memeriksa kawalan kehormat Angkatan Tentera Turkiye.

Di Ankara, Datuk Seri Ismail Sabri antara lain akan melawat kilang dua pemain utama industri pertahanan dan aeroangkasa Turkiye - Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) dan Turkish Aerospace Industry (TAI).

Esok, Perdana Menteri akan bertemu Presiden Recep Tayyip Erdogan dan mengadakan pertemuan empat mata bersama pemimpin republik itu.

Media Baharu