fb fb fb fb fb

Malaysia kutuk tindakan Menteri Keselamatan Israel

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan terbaharu ke atas Masjid Al-Aqsa dan perkarangan pada 21 Mei, dilakukan Menteri Pertahanan Israel, Itamar Ben-Gvir.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, "tindakan tersebut jelas bersifat provokasi ke atas status quo politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif."

Malaysia sekali lagi menggesa seluruh komuniti antarabangsa untuk memaksa rejim Israel agar bertanggungjawab ke atas provokasi tersebut yang telah memburukkan lagi situasi yang telah sedia tegang.

Menurut kenyataan itu, "Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu mendukung tanggungjawab sebagaimana tertakluk pada piagamnya agar segera menggesa rejim tersebut menghentikan tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan rantau berkenaan."

Malaysia kekal bersolidariti bersama rakyat Palestin berkenaan hak perundangannya sebagai negara bebas dan merdeka berpandukan persempadanan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Ben-Gvir pada Ahad telah menceroboh Masjid Al-Aqsa buat kali kedua sejak dilantik dan mengisytihar penguasaan Israel ke atas tapak suci tersebut.

(Tangkap layar kenyataan Wisma Putra)

Media Baharu