fb fb fb fb fb

Malaysia ketuai siasatan gencatan Thailand–Kemboja

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar/Foto Facebook ATM

GEMAS, 12 Ogos - Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang diketuai Malaysia akan menyiasat dakwaan pelanggaran gencatan senjata di sempadan Thailand–Kemboja susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) minggu lalu.

Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar, ia berikutan pihaknya menerima beberapa laporan berkaitan pelanggaran gencatan senjata daripada kedua-dua negara tersebut.

“Kita menerima laporan daripada kedua-dua negara mengenai beberapa pelanggaran gencatan. Pasukan di lapangan akan membuat siasatan dan memaklumkan kepada pihak terbabit,” katanya.

Mohd Nizam berkata demikian pada Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025 di Lapang Sasar, Kem Syed Sirajuddin, di sini, hari ini.

Beliau berkata ATM turut mencadangkan penubuhan Kumpulan Tindakan Bersama (Joint Action Group, JAG) merangkumi wakil kedua-dua negara termasuk komponen perundangan, bagi menyelaras tindakan susulan terhadap sebarang pelanggaran.

Menurutnya, IOT akan mengadakan pertemuan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bersama wakil Thailand dan Kemboja untuk mendapatkan perkembangan terkini di kawasan terlibat.

Terdahulu, Thailand dan Kemboja mengesahkan komitmen mematuhi gencatan senjata sebagai langkah menamatkan ketegangan yang memuncak pada hujung Julai lalu.

GRACE AISYAH KEDAYAN