fb fb fb fb fb

Malaysia, Kemboja bersetuju tingkatkan perdagangan dua hala - PM

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techno Hun Sen di Peace Palace) 

PHNOM PENH, 24 Februari - Meningkatkan eksport minyak sawit ke Kemboja dan import beras dari negara itu ke Malaysia boleh meningkatkan perdagangan dua hala Kuala Lumpur-Phnom Penh.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut menyarankan pemain industri memperluas kerjasama dalam bidang ICT, teknologi kewangan dan keselamatan siber selain mempergiat aktiviti PKS dan perniagaan pemula niaga.

“Saya akui bahawa perdagangan dua hala antara kita masih rendah dan perlu ditingkatkan lagi, selaras dengan potensi kedua-dua negara," katanya.

"Ini termasuklah perdagangan dalam sektor perladangan dan komoditi. Malaysia menawarkan minyak sawit dan produk minyak sawit berkualiti tinggi kepada Kemboja dan saya amat berharap agar perdagangan kita dalam produk ini dapat dipertingkatkan," kata Ismail Sabri dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatannya, Samdech Techno Hun Sen di Peace Palace di sini hari ini.

Hun Sen pula mencadangkan Malaysia mengimport lebih banyak beras dari Kemboja dan mempelawa pelabur Malaysia menanam modal
dalam sektor pengilangan beras di negara itu.

Terdahulu kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata selama lebih sejam.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan juga sedang mempertimbangkan pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia.

Keputusan mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Media Baharu