fb fb fb fb fb

Malaysia kekal antara destinasi pilihan pelabur asing di rantau ASEAN

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

BERLIN, 11 Mac- Malaysia kekal antara destinasi pilihan pelabur asing di rantau ASEAN.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri berbanding negara ASEAN lain.

"Kita mempunyai persaingan terutama di rantau ini. Berita baiknya, bahawa ASEAN merupakan rantau yang telah mendapat manfaat daripada pengalihan aliran. Pelaburan khusus mengalir, malah mereka bergantung pada rantai bekalan.

"Jika kita melihat pelaburan langsung asing (FDI) dunia selaras dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia iaitu FDI telah menurun. FDI global telah turun 12 peratus termasuk FDI ASEAN dan sudah tentu Malaysia terima manfaat daripada itu. Menjadi salah satu negara ASEAN, kita bersaing.

"Kita mempunyai sumber yang sangat banyak, termasuk sumber asli. Kita ada tanah dan kita ada banyak polisi yang konsisten selama bertahun-tahun", katanya dalam sidang media selepas menyambut ketibaan Perdana Menteri di Berlin.

Perdana Menteri hari ini dijadual mengadakan mesyuarat meja bulat bersama 28 buah syarikat Jerman.

Malaysia menjangkakan peningkatan pelaburan dari Jerman, antaranya dalam sektor aeroangkasa dan tenaga.

ROSLINA BINTI DIN