Malaysia kecam serangan di Arab Saudi, gesa penyelesaian secara aman

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Oktober – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam di Arab Saudi pada Sabtu (10 Oktober 2026), yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan serta gangguan ketara terhadap operasi lapangan terbang dan penerbangan komersial.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia mengecam serangan dan menyokong usaha Arab Saudi mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
  • Kerajaan Malaysia merakam takziah dan simpati kepada mangsa serta mendoakan pemulihan bagi yang cedera.
  • Malaysia bimbang peningkatan keganasan dan menggesa penyelesaian aman melalui dialog, diplomasi dan penghormatan undang-undang antarabangsa.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia turut menzahirkan solidariti bersama Kerajaan Arab Saudi serta menyokong usaha negara itu mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan keselamatan negara.

“Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan bersimpati atas kehilangan nyawa dalam insiden tersebut serta mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh,” menurut kenyataan itu.

“Malaysia amat bimbang terhadap peningkatan ketegangan dan keganasan sejak kebelakangan ini serta menggesa semua pihak agar menghormati undang-undang antarabangsa dan mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan diplomasi demi mengembalikan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berkekalan di rantau tersebut,” menurut kenyataan.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi berkata, 12 orang terbunuh dan 309 lagi cedera dalam serangan pada Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.