fb fb fb fb fb

Malaysia-Jepun perkukuh kerjasama, MOC dalam bidang telekomunikasi dimeterai

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 5 November- Permeteraian memorandum kerjasama (MOC) dalam bidang penyiaran, teknologi maklumat dan komunikasi serta pos dan kurier, memperkukuh kerjasama Kuala Lumpur dan Tokyo.

Memorandum kerjasama yang dimeterai hari ini melibatkan Kementerian Komunikasi dan Digital dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, sempena lawatan kerja Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida ke Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata memorandum kerjasama itu dilihat sebagai satu langkah kanan dalam meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara dalam beberapa aspek termasuk isu keselamatan siber, rangkaian 5G serta ekonomi digital.

"Dalam perbincangan yang telah diadakan, memang kita lihat ada beberapa perkara yang ingin kita teliti, yang telah dilaksana diusahakan di Jepun, sebagai contoh penggunaan internet satelit sebagai backhaul untuk telekomunikasi di beberapa lokasi.

"Di Malaysia, kita di peringkat POC (prove of Concept) tetapi ia telah dilaksanakan pada skala yang sangat besar. Jadi kita ingin lihat kesesuaian menggunakan teknologi seperti itu untuk dilaksana di Malaysia", katanya.

Fahmi Fadzil yang ditemui selepas pertemuan dengan delegasi Jepun di Seri Perdana turut menyatakan harapan, agar MOC yang telah dimeterai itu bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Pada masa sama, menjadi platform perkongsian ilmu dan kepakaran antara satu sama lain yang menyumbang manfaat besar khususnya kepada Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN