fb fb fb fb fb

Malaysia-India perkukuh hubungan kedua-dua negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim

NEW DELHI, 20 Ogos- Malaysia dan India setuju kukuhkan perkongsian strategik kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi bidang digital, perdagangan dan pelaburan, pertanian, pendidikan dan kerjasama tentera.

"Kami telah bersetuju untuk memperkukuh dan memperluas lagi kerjasama strategik yang komprehensif antara Malaysia dan India. Sejak zaman Jawaharlal Nehru (bekas Perdana Menteri India), hubungan baik antara kedua-dua negara telah sedia terjalin.

"Namun, kami menyedari bahawa hubungan ini perlu diperkukuhkan lagi dalam pelbagai bidang. Ini termasuk pelaburan digital, perdagangan, pembinaan,pertanian moden, pendidikan, penyelidikandan juga kerjasama ketenteraan dalam bentuk operasi bersama untuk menjaga keselamatan sempadan," katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri India di Hyderabad House di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI