fb fb fb fb fb

Malaysia hab utama pelaburan, didorong dasar ekonomi jelas

Perdana Menteri menghadiri Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China di Beijing.

BEIJING, 2 September - Malaysia terus muncul sebagai hab utama perniagaan dan pelaburan di rantau ini hasil dasar ekonomi yang jelas serta pelaksanaan projek infrastruktur strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kestabilan politik dan hala tuju ekonomi yang teratur menjadikan Malaysia pilihan syarikat antarabangsa.

“Malaysia adalah negara yang stabil dengan dasar ekonomi yang jelas. Kita ada strategi semikonduktor, garis panduan yang lengkap, pelan hala tuju AI serta Rancangan Induk Perindustrian yang sudah ditetapkan keutamaannya,” katanya pada sesi dialog perniagaan bersama pemimpin 120 syarikat dan konglomerat China di Beijing.

Dialog tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi aspirasi ekonomi dan membuka ruang kerjasama strategik. Ia sekali gus memperkukuh potensi pelaburan baharu di Malaysia.

TUN JULIA MOHD TAHIR