fb fb fb fb fb

Anggota Pengiring Diraja maut nahas jalan raya, KPN ziarah jenazah

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, menziarahi jenazah Allahyarham di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Bharu/Foto PDRM

HULU SELANGOR, 2 September - Seorang anggota Pengiring Bermotosikal Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi.

Mangsa, Koperal Muhammad Faizal Ab. Razak, 32, meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, menziarahi jenazah Allahyarham di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Bharu, sebentar tadi.

"Dalam kunjungan itu, Mohd Khalid turut menzahirkan ucapan takziah serta menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat kepada ahli keluarga Allahyarham sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral," menurut hantaran itu di Facebook hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang cahaya mata.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuantan, Batang Kali.

Turut hadir menziarahi, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid; Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Mohd Zaini Abu Hassan serta pegawai kanan polis lain.

GRACE AISYAH KEDAYAN