KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kementerian Luar menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Luar Negeri dan Integrasi Serantau Republik Ghana, Kwaku Ampratwum- Sarpong di Parlimen.
Beliau yang disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, membincangkan isu dua hala yang berkepentingan bersama antara Malaysia-Ghana.
Pertemuan selama 30 minit itu turut membincangkan pelbagai perkara seperti isu perdagangan, pendidikan, pelancongan, visa dan latihan di bawah kerjasama teknikal (MTCP).
Hasil pertemuan itu juga telah mencapai kata sepakat untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada kedua-dua negara selain meneroka bidang-bidang baharu.
(Pertemuan selama 30 minit itu turut membincangkan pelbagai perkara seperti
isu perdagangan, pendidikan, pelancongan, visa dan latihan di bawah
kerjasama teknikal (MTCP).)