fb fb fb fb fb

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Nor Azlina Jaafar

(FOTO FB Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas jurufoto Kumpulan Utusan, Nor Azlina Jaafar, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada hati.

Beliau mendoakan agar keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian itu.

"Kali terakhir saya bertemu Allahyarhamah pada 14 April lepas ketika memberi sumbangan Tabung HAWANA kepada suaminya, Muhammad Basir Abu Bakar yang juga bekas wartawan Kumpulan Utusan.

"Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah," kata Fahmi menerusi Facebooknya.

Allahyarhamah Nor Azlina Jaafar, 45, meninggal dunia di Hospital Serdang malam semalam dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan di Batu 10, Cheras hari ini.

Allahyarhamah meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu dua anak perempuan dan seorang lelaki yang masih di sekolah rendah.

Nor Azlina dan suami adalah antara lebih 800 bekas pekerja Kumpulan Utusan yang diberhentikan selepas syarikat itu diisytihar bankrap pada 2019.

1810 FAHMI TAKZIAH 2(Allahyarhamah Nor Azlina Jaafar)

Media Baharu