(Pemilik syarikat, Khairul Azmer Yusop ketika menyampaikan sumbangan kepada penduduk
sambil disaksikan Dr Norkhalid ( dua dari kiri)
TANJUNG MALIM, 18 Oktober - Prihatin terhadap nasib dan kebajikan penduduk Orang Asli di Kampung Cinggung dekat sini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama-sama Syarikat Let’s Play tampil menghulurkan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir.
Program penyampaian bantuan itu dikendalikan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) .
Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff pihaknya amat menghargai usaha syarikat itu bersama-sama pelajar membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.
"Saya sentiasa menyokong pelbagai program bersifat kemanusiaan yang diterapkan dalam aktiviti anjuran persatuan mahasiswa," katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata UPSI sentiasa prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk terutama mereka yang tinggal dalam daerah Mullim, ketika musim tengkujuh.
“Hari ini kami menyerahkan 68 set pakaian sekolah untuk 68 murid dari 44 sekolah rendah dan 24 sekolah menengah.
Hadir sama, Pengarah Jualan syarikat, Datuk Johari Al Bakri dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya Dr Mohd Izwan Syahril.
Pemilik syarikat, Khairul Azmer Yusop berkata sentiasa terbuka untuk membantu, khususnya dalam isu melibatkan kebajikan masyarakat.
“Ia adalah inisiatif yang akan kami laksanakan secara berterusan bagi menyantuni masyarakat yang berdepan musibah banjir beberapa hari lalu.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Cinggung, Chik Alek Bah Abu mengucapkan terima kasih atas inisiatif menyumbang kepada penduduk kampung yang sering kali menghadapi musibah banjir.
(Datuk Johari dan Chik Alek membantu kanak-kanak Orang Asli
Kampung Cinggung/Foto UPSI)