PUTRAJAYA, 18 Oktober- Isu tatakelola dan tadbir urus menjadi keutamaan negara sebelum memutuskan untuk menambah baik sektor percukaian negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting bagi memastikan tiada isu ketirisan, penyelewengan dana negara dan rasuah.
"Perbincangan mengenai Cukai Nilai Tambah (VAT) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah relevan tetapi jangan pernah lupa fakta bahawa negara ini telah mewarisi sebuah masalah tadbir urus, rasuah, hutang dan defisit yang perlu kita hadapi," katanya ketika berucap di Majlis Simposium The Path Towards Greater Prosperity For Malaysia anjuran Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya di sini.
Tambah beliau, dasar yang dilaksanakan penting bagi menjamin tadbir urus baik dan kestabilan politik sebelum membincangkan mengenai cukai yang diperlukan bagi memacu ekonomi negara.
Pada masa sama, Anwar mahu Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) serta kestabilan politik dapat membantu kerajaan memulakan dasar yang lebih radikal dan reformasi ekonomi.

Prosperity For Malaysia di Putrajaya)