fb fb fb fb fb

Malaysia gesa ASEAN, GCC wujudkan CEPA

RIYADH, 20 Oktober- Malaysia mencadangkan ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi mewujudkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA).

Perjanjian itu sangat penting dalam memajukan pertumbuhan progresif, inklusif dan lestari dalam menghadapi ketidakpastian geo-politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan menjadi Perjanjian Perdagangan Bebas pertama antara ASEAN dan Timur Tengah.

Jelas beliau, cabaran yang ditimbulkan iklim geo-politik semasa memerlukan semua untuk membayangkan semula kerjasama ekonomi antara kedua-dua pertubuhan serantau.

"Hubungan ASEAN-GCC perlu ditambah baik untuk memaksimumkan potensi ekonomi wilayah gabungan.

"Malaysia komited berbuat demikian.

"Hubungan ASEAN-GCC telah berkembang pesat sejak mula menjalinkan hubungan pada tahun 1990.

"Sidang Kemuncak kali ini menunjukkan hubungan itu berada di ambang era kerjasama baru," kata Anwar pada Sidang Kemuncak ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di sini.

Katanya, penerimaan kenyataan bersama sidang kemuncak dan rangka kerja kerjasama yang disertakan hari ini adalah bukti usahasama tersebut.

(Katanya, penerimaan kenyataan bersama sidang kemuncak dan rangka kerja kerjasama
yang disertakan hari ini adalah bukti usahasama tersebut.)

Media Baharu