fb fb fb fb fb

Kutipan cukai JKDM diunjur meningkat kepada RM53.5 bilion tahun ini

PUTRAJAYA, 20 Oktober- Hasil kutipan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diunjur meningkat daripada RM52 bilion kepada RM53.5 bilion tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Ahmad Maslan berkata pertambahan hasil cukai sebanyak RM1.5 bilion itu akan didorong pelaksanaan sistem iPatuh serta tiga sistem yang baharu diperkenalkan.

"Apabila kita pantas melakukan sesuatu melalui kaedah digital ini maka ia akan kurangkan ketirisan dan tambahkan hasil.

Harapan kita supaya daya kreativiti dan menambah baik dan memudah cara proses kerja ini akan diteruskan di JKDM dan jabatan lain bawah Kementerian Kewangan," kata Ahmad kepada pemberita dalam sidang media pelancaran ketiga-tiga sistem berkenaan, hari ini.


(Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Ahmad Maslan)

Mengulas lanjut, sistem MySawit bertujuan membantu pengeluar kelapa sawit dengan ladang berkeluasan 40.46 hektar ke atas yang berdaftar dengan JKDM.

MyExcise pula digunakan oleh pengilang untuk permohonan lesen dan pembayaran duti eksais secara dalam talian.

Cubic pula sistem carian maklumat kenderaan import sepenuhnya bagi pegawai pentaksir kenderaan dan syarikat berkaitan.

Media Baharu