RIYADH, 20 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan layanan tidak seimbang dan hipokrit terhadap Palestin.
Menurut Anwar, masyarakat antarabangsa tidak lagi boleh menutup mata terhadap kekejaman itu dan mesti mengambil tindakan untuk menangani punca konflik Palestin-Israel.
"Hak asasi manusia perlu dilindungi dan undang-undang antarabangsa harus ditegakkan.
"Rakyat Palestin berhak mendapatkan semula tanah, kediaman dan harta mereka.
"Mereka harus dibenarkan hidup secara aman di negara berdaulat dengan sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan perjanjian pra-1967 dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka.
"Malaysia berharap semua negara akan bersama-sama berusaha mencari penyelesaian berkekalan serta adil berhubung konflik tersebut," kata Anwar ketika menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di sini.
Selain itu, Anwar juga mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) turut memainkan peranan untuk bertindak.
Pendirian Malaysia jelas mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan pengeboman Israel yang tidak berperikemanusiaan di Gaza serta sekatan terhadap barangan asas.
Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk koridor kemanusiaan bagi menghantar bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Israel yang tidak berperikemanusiaan di Gaza serta sekatan terhadap
barangan asas.)