fb fb fb fb fb

Malaysia edar satu juta al-Quran, tindak balas terhadap insiden bakar al-Quran di Sweden

PUTRAJAYA, 28 Januari- Satu juta al-Quran akan dikeluarkan Malaysia untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu itu adalah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan terhadap kitab suci itu.

"Saya setuju cara paling berfaedah menjawab semua kerja gila dan biadap ini adalah untuk meneruskan usaha yang telah dimulakan dan kita bertekad.

"Insya-Allah dalam masa singkat, berperingkat untuk mencetak dan mengedar satu juta al-Quran ke seluruh dunia," katanya.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau ditemui pada Festival Seni Al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Anwar memaklumkan penyelarasan pengedaran mushaf suci itu akan dibincangkan dengan negara-negara Islam lain.

Tindakan itu juga akan disusuli dengan beberapa program ke arah penghayatan dan pemahaman al-Quran.

Terdahulu, Perdana Menteri melawat operasi pencetakan al-Quran selain merasmikan Festival Seni al-Quran yang berlangsung sehingga esok.

Media Baharu