fb fb fb fb fb

Dasar lebih jelas, segar pacu pertumbuhan ekonomi beri manfaat kepada rakyat

(Datuk Seri Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika hadir pada Majlis
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina ACCCIM/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 28 Januari - Dasar-dasar lebih jelas dan segar yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara dan memberi manfaat kepada rakyat perlu diperkenal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu penting dalam mendepani situasi ekonomi yang mencabar tahun ini.

Sehubungan itu kerajaan perpaduan pimpinannya akan meneliti perkara berkenaan.

"Melihat kepada kedudukan semasa, pasca-COVID-19, kemelesetan ekonomi di Eropah, kesan perang Ukraine-Rusia yang menuntut kita untuk lebih berani memperkenalkan dasar-dasar yang boleh memberi manfaat kepada semua," kata Anwar ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di ibu negara di sini.

Beliau turut komited untuk terus melaksanakan reformasi institusi bagi meningkat kecekapan tadbir urus dan membanteras rasuah.

Ia salah satu kunci utama dalam menjayakan setiap dasar, seterusnya menjamin kemakmuran negara dan rakyat.

(Anwar ketika berkata dasar lebih jelas, segar pacu pertumbuhan ekonomi beri manfaat
kepada rakyat)

Media Baharu