fb fb fb fb fb

Gangguan perkhidmatan LRT: Kementerian Pengangkutan tunggu laporan pakar

(Anthony ditemui media berkata Kementerian Pengangkutan masih menunggu laporan
daripada pakar dan jurutera berkaitan)

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Susulan gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang di antara Stesen Masjid Jamek dengan Stesen Bandar Raya.

Kementerian Pengangkutan masih menunggu laporan daripada pakar dan jurutera berkaitan.

Menterinya, Anthony Loke berkata tanpa laporan tersebut beliau tidak dapat memberi jaminan tarikh pengoperasian semula laluan berkenaan.

"Saya tidak dapat berikan jaminan sekarang. Sudah tentu apabila laporan mereka telah diberikan, kita akan membuat pengumuman lanjut mungkin dalam sehari dua lagi.

"Sementara ini kita beri ruang kepada jurutera-jurutera untuk melihat kekuatan struktur tersebut,"kata Anthony kepada media di sini.

Semalam, perkhidmatan LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling mengalami gangguan di antara dua stesen iaitu Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek, akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya disebabkan oleh keretakan struktur jejambat di kawasan tersebut.

Keputusan untuk menghentikan perkhidmatan di antara dua stesen tersebut dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan.

(Anthony berkata tanpa laporan tersebut beliau tidak dapat memberi jaminan tarikh pengoperasian
semula laluan berkenaan)

Media Baharu