fb fb fb fb fb

Malaysia dilantik semula ahli Majlis Eksekutif OPCW

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) bagi penggal 2024 hingga 2026.

Menerusi kenyataan Kementerian Luar Negeri, 41 negara yang menganggotai majlis eksekutif itu berperanan penting bagi mengawal selia operasi Sekretariat Teknikal OPCW.

Selain itu, ia turut menjalankan fungsi bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan yang berkesan terhadap Konvensyen Senjata Kimia.

Malaysia akan terus menyumbang pengalaman dan kepakaran negara selaku ahli majlis eksekutif tersebut selama lima penggal.

Justeru, kejayaan pemilihan semula Malaysia itu mencerminkan komitmen teguh dan sumbangan aktif negara bagi membantu OPCW memenuhi mandat pertubuhan tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM