fb fb fb fb fb

Malaysia-China bekerjasama tingkat kemahiran rakyat, basmi kemiskinan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan China dalam mempromosi pengagihan kekayaan yang adil, meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dan membasmi kemiskinan.

Menerusi teks ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, Malaysia memuji usaha China dalam mengurangkan kemiskinan serta memperkasa pembangunan di kawasan luar bandar yang dilihat amat memberangsangkan.

Dalam tempoh empat dekad lalu, China telah berjaya mengangkat lebih 800 juta rakyatnya keluar daripada kemiskinan tegar sekali gus menjadikan negara itu sebagai rujukan kejayaan yang boleh dicontohi.

"Menerusi kerjasama dengan China, kami ingin mencapai kemajuan bersama dengan mempromosikan pengagihan kekayaan yang adil, meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dan membasmi kemiskinan.

Kami telah menyaksikan bagaimana China memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan tengahnya dengan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan infrastruktur dan menggalakkan industri baharu," kata Datuk Mohamad Alamin, hari ini dalam ucapannya pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024.

Tambahnya, Malaysia juga melihat bagaimana China melakukan pelaburan yang ketara dalam infrastruktur, penjagaan kesihatan, dan perkhidmatan penting lain untuk memastikan pembangunan mampan.

Usaha tersebut bagi menangani cabaran yang penduduk luar bandar yang bermigrasi ke kawasan bandar secara meluas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM