fb fb fb fb fb

Tunai haji ikut kemampuan, TH usaha kekalkan kos haji

Tanah suci kota Mekah

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Fahami konsep 'istito’ah' atau kemampuan menunaikan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengajak orang ramai yang berkemampuan menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Beliau berkata prinsip istito’ah itu merangkumi pelbagai aspek, termasuk kewangan, kesihatan fizikal dan mental, keselamatan serta kemampuan diri termasuk mempunyai kenderaan, tiket kapal terbang dan kelulusan mendapatkan visa haji.

Menerusi kenyataan, beliau memaklumkan kos haji Malaysia adalah masih antara yang terbaik di dunia dengan pakej lengkap pada harga RM33,300.

Bagi haji 2025, jumlah bantuan kewangan dijangka mencapai RM261 juta dan keputusan Tabung Haji mengenai bantuan kewangan telah dipertimbangkan dengan teliti.

Dr Zulkifli turut mengingatkan orang ramai agar memilih Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen untuk mengelakkan sebarang penipuan.

ROSLINA BINTI DIN