fb fb fb fb fb

Malaysia catat RM70 bilion nilai perdagangan menerusi Ekspo 2020 Dubai

(FOTO JPM)

DUBAI, 30 Mac - Malaysia telah melebihi sasaran potensi nilai perdagangan, pelaburan dan petunjuk peluang perniagaan berjumlah RM70 bilion secara keseluruhan bagi 26 program mingguan di Ekspo 2020 Dubai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata nilai itu diperoleh melalui 131 Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian, dan pertanyaan perniagaan melibatkan 4,558 rundingan dan potensi padanan perniagaan.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media selepas Majlis Apresiasi Ekspo 2020 di Dubai)

"Sukacita juga saya umumkan satu lagi pencapaian membanggakan Pavilion Malaysia sejak bermulanya penganjuran Ekspo 2020 Dubai sehingga semalam bersamaan 29 Mac 2021, Pavilion Malaysia telah menerima 1.1 juta pengunjung, syabas diucapkan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Apresiasi Ekspo 2020, di sini.

Sebelum penyertaan di ekspo itu, Malaysia menetapkan sasaran untuk mencapai antara RM8 hingga RM10 bilion bagi potensi peluang perdagangan dan pelaburan berasaskan pencapaian di Ekspo Astana, Kazakhstan pada 2017.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail mahu lebih banyak peluang diberi kepada lebih 400 Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) di peringkat antarabangsa.

Ia bagi memberi pendedahan dalam mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang baharu di luar negara.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat gerai pameran di Ekspo 2020 di Dubai/JPM)

Ini termasuk membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia.

"Ini membuktikan kerajaan komited untuk membantu syarkita-syarikat PMKS terutamanya untuk bangkit semula selepas pandemik COVID-19 yang melanda negara," katanya.

Media Baharu