fb fb fb fb fb

Malaysia catat jumlah pelaburan diluluskan 23 peratus lebih tinggi pada 2023

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada tahun 2023 iaitu 23.0 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan berkata, jumlah ini adalah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara.

"Dengan jumlah ini, ia mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi negara sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan MADANI.

"Daripada jumlah pelaburan tersebut, pelaburan asing merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus," katanya dalam kenyataan itu.

Prestasi cemerlang itu disokong oleh peningkatan
sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing.

Perkara itu menunjukkan satu petanda bahawa dasar mesra pelaburan (pro-investment) dan mesra perniagaan (pro-business) telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI