fb fb fb fb fb

Kebakaran di Victoria, ribuan penduduk digesa berpindah

Foto AFP

VICTORIA, 22 Februari- Kira-kira 1,000 anggota bomba dikerah memadamkan kebakaran besar di Victoria, Australia.

Keadaan panas dan berangin memburukkan keadaan sehingga mencetuskan amaran berpindah kepada 28 komuniti di sekitar Victoria.

Kira-kira 20 pesawat dan dua dozen pegawai dikerah untuk mengawal kebakaran itu, kata Timbalan Ketua Pegawai Bomba Tasmania, Matt Lowe.

Anggota bomba juga sedang memadamkan kebakaran di beberapa negeri lain ketika keadaan panas melampau berlaku.

"Banyak kebakaran berlaku di Tasmania, termasuk di kawasan tanah tinggi berhampiran Tasik Bradys."

"Amaran kecemasan telah dikeluarkan untuk komuniti di barat Ballarat dengan kebimbangan mengenai perubahan angin yang dijangka melanda kawasan itu antara pukul 6.00 petang dan pukul 7.30 malam," kata Lowe.

Penduduk di sembilan bandar berdekatan juga dinasihatkan untuk berpindah.

Keadaan dijangka tidak reda sehingga tengah malam.

Orang ramai di kawasan kebakaran telah digesa berpindah ke Ballarat, di mana sebuah pusat pemindahan telah dibuka di pinggir bandar Wendouree dan sebuah lagi pusat dibuka di Ararat.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM