fb fb fb fb fb

Malaysia-Brazil cadang teroka bidang teknologi pertanian

Datuk Seri Mohamad Hasan

PUTRAJAYA, 25 Ogos- Hubungan antara Malaysia dan Brazil perlu diperkukuh serta dipertingkat dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain rakan dagang perkara itu termasuk meneroka pelbagai bidang seperti teknologi pertanian.

"Khususnya untuk kita juga meningkatkan berkenaan barang-barang pertanian, kita juga mahu belajar dari Brazil mengenai teknologi pertanian yang amat berjaya di sana.

"...dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ke Brazil untuk lawatan dua hari di sana. Ini untuk kita pastikan supaya hubungan kedua-dua negara dapat dipertingkatkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana di sini.

Tambahnya juga, kebersamaan Malaysia dan Brazil dalam mengamalkan kelestarian global  turut memberi nilai tambah kepada kedua-dua negara dalam memainkan peranan dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan, beliau turut menyampaikan surat serta hasrat mengenai keinginan Malaysia menyertai brics

Perkara itu dinyatakan semasa pertemuan dua hala beliau bersama-sama rakan sejawatnya, Mauro Vieira pagi tadi.

"Tahun depan Brazil akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak BRICKS dan kita mahu supaya jemputan dari Brazil disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Malaysia menyertai kesatuan itu.

"Mereka ada satu sistem seperti ASEAN, rakan dialog dan dikenali sebagai Rakan BRICKS. Sekiranya Malaysia dipertimbangkan, kita akan masuk di peringkat itu. Pada saya itu sudah mencukupi," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI