KUALA LUMPUR, 22 Mei- Kerajaan akan meneruskan perbincangan bersama Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan isu hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perbincangan lanjut itu diadakan sempena lawatan khas empat hari Sheikh Khaled ke Malaysia yang bermula semalam.
"Penyelesaian 1MDB dengan pihak International Petroleum Investment Co (IPIC) USD1.8 bilion dolar dan seperti kita tahu Putera Mahkota UAE hadir sekarang untuk meneruskan langkah-langkah perbincangan termasuk soal pelaburan," katanya.
Sheikh Khaled dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama di Parlimen petang ini.
(Sidang Dewan Rakyat)