fb fb fb fb fb

Bangunan KWSP terbakar kali kedua

(Foto JBPM Selangor)

SELANGOR, 22 Mei- Sebuah bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya yang terbakar pagi ini tidak melibatkan sebarang mangsa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.39 pagi.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Serdang, BBP Penchala, BBP Puchong, BBP Hang Tuah bersama kira-kira 11 jentera digegaskan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 10.45 pagi.

Kebakaran melibatkan tingkat empat dan lima bangunan lama KWSP.

"Api berjaya dikawal pada pukul 11.08 pagi. Tiada mangsa terlibat dilaporkan," katanya dalam kenyataan.

Insiden berkenaan merupakan kali kedua berlaku di premis terbabit dengan kali pertama berlaku pada Februari 2018.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam kenyataan mengesahkan bangunan tersebut tidak berpenghuni.

"Bangunan terbabit kini kosong dan tidak berpenghuni, dan tiada kecederaan dilaporkan buat masa ini.

"Pihak bomba akan menyiasat punca kebakaran," katanya.

(Foto JBPM Selangor)

Media Baharu