fb fb fb fb fb

Kerajaan komited tambah baik perkhidmatan guaman

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Kerajaan komited menambah baik perkhidmatan guaman bagi memastikan golongan memerlukan tidak terkecuali bagi mendapatkan akses pembelaan.

Ke arah itu, sesi libat urus bersama pakar akademik di sepuluh Fakulti Undang Undang Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sedang dilaksana bagi meneliti parameter penggubalan akta pembelaan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, "kajian meliputi perbandingan pelaksanaan bantuan guaman di luar negara.

"Kajian akan dilaksanakan ini akan meliputi kajian perbandingan pelaksanaan luar negara, parameter dan sebagainya berkaitan penggubalan Akta Pembelaan Awam untuk menerajui perkhidmatan bantuan guaman bagi kes-kes jenayah di Malaysia.

"Kesemua input yang diperolehi sedang dan akan diperhalusi sebelum Kerajaan memuktamadkan parameter Akta Pembelaan Awam dalam masa terdekat," katanya di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Insitusi Pengajian terlibat, termasuklah, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

(Azalina Othman Said)

Media Baharu