fb fb fb fb fb

Bekalan daging, telur di Perak stabil - Exco

(Foto BERNAMA)

IPOH, 22 Mei- Pengeluaran daging dan telur melibatkan ayam serta itik di Perak adalah stabil.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata tahap pengeluaran bagi kedua-dua komoditi tersebut melebihi kadar sara diri negeri untuk tempoh lima tahun berturut-turut.

Pengeluaran daging ayam dan itik adalah 372,825 tan metrik manakala telur ayam dan itik berjumlah 2.083 bilion biji tahun lepas dan jumlah itu dapat menampung keperluan rakyat Perak.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjalankan aktiviti kawalan penyakit ternakan menerusi program survelan penyakit haiwan kebangsaan bagi memastikan wabak penyakit sentiasa terkawal.

"Ia juga bagi menjamin pengeluaran komoditi daging dan telur," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu