fb fb fb fb fb

Eksport digital, RM2.5 bilion disasarkan kerajaan hujung tahun ini

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Kerajaan menyasarkan RM2.5 bilion hasil eksport digital menjelang penghujung 2023.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching optimis ia boleh dicapai menerusi inisiatif kementerian seperti Program eUsahawan yang menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran digital.

Ke arah itu, modul berasaskan eUsahawan diintegrasikan dalam silibus pembelajaran di lebih 550 pusat pengajian seluruh negara bagi mendedahkan lebih ramai belia mengenai potensi perniagaan berkenaan.

"Program modul eUsahawan telah diintegrasi dalam silibus mata pelajaran di lebih 35 institusi pengajian tinggi dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan menjadi sumber pembelajaran di lebih 550 pusat pengajian seluruh Malaysia.

"Sehingga hujung 2022, lebih 278,000 iaitu 59.4% adalah golongan wanita lebih daripada 425,000 iaitu 92.2% adalah golongan muda antara 18 hingga 40 tahun," katanya kepada pemberita di sini.

Tahun ini, eUsahawan Modular diperkenal bagi menawarkan latihan intensif berkaitan topik pengurusan, pemasaran dan penggunaan teknologi digital seperti Strategi Model Perniagaan, Pembangunan Kandungan Kreatif, Penggunaan Platform Media Sosial dan Pengurusan Platform e-Dagang bagi membantu syarikat-syarikat tempatan dalam mempromosikan dan mengembangkan perniagaan di pasaran tempatan mahupun global.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu