fb fb fb fb fb

Malaysia berpotensi jadi lokasi utama sukan selam skuba dunia

Khairul Firdaus Akbar Khan

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Malaysia berpotensi menjadi destinasi utama aktiviti selam skuba dunia.

Menyokong hasrat itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited mempromosi destinasi selam skuba negara seperti di Semporna, Sabah, selain di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan menyeru semua pemain di dalam ekosistem pelancongan memainkan peranan dalam usaha menarik kehadiran lebih ramai peminat aktiviti selam skuba ke Malaysia.

Ia termasuk meningkatkan mutu perkhidmatan, selain kemudahan berkaitan.

"Ia memerlukan bukan semua negara mampu terlibat secara khusus dalam industri ini dan kita bersyukur kerana Malaysia mempunyai keistimewaan dari sudut itu.

"Itu sebabnya apa yang telah dilakukan pada hari ini Malaysia International Dive Expo memberikan satu impak yang cukup besar bukan saja kepada industri itu sendiri malahan ia boleh memposisikan Malaysia sebagai salah satu tempat menyelam yang terbaik," katanya kepada media selepas merasmikan Ekspo Menyelam Antarabangsa (MIDE) yang ke 18 di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI