fb fb fb fb fb

Malaysia berminat belajar pengalaman, kepakaran Jepun

(Foto facebook Tengku Zafrul)

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Malaysia berminat untuk belajar daripada pengalaman dan kepakaran Jepun dalam melaksanakan program dan inisiatif yang memudahkan penyertaan Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini supaya PKS dapat memanfaatkan peluang di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Dalam catatan di laman facebooknya, beliau berkata, peluang menghadiri Mesyuarat CPTPP dimanfaatkan untuk bertemu rakan sejawat dari negara-negara lain.

Pertemuan pertama beliau ialah bersama Menteri Ekonomi dan Polisi Fiskal Jepun, Shigeyuki Goto.

Katanya, tumpuan Malaysia adalah untuk memaksimumkan faedah CPTPP bagi semua pihak.

Mesyuarat Suruhanjaya ke-7 CPTPP berlangsung dari 15 hingga 16 Julai 2023 di Auckland, New Zealand.


(Pertemuan antara Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan Menteri Ekonomi dan Polisi Fiskal Jepun, Shigeyuki Goto di New Zealand)

Media Baharu