fb fb fb fb fb

Malaysia berhasrat untuk bertanding semula Ahli Majlis ITU

Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Malaysia menyatakan hasrat untuk bertanding semula sebagai Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, penyertaan semula Malaysia dalam majlis tersebut adalah selaras dengan komitmen negara untuk membina masyarakat global yang lebih berhubung, bermaklumat dan inklusif.

"Kita boleh mainkan peranan lebih besar di persada dunia itulah antara sebab kenapa jemaah menteri bersetuju untuk membolehkan Malaysia sekali lagi bertanding dalam Majlis ITU.

"Pemilihannya akan berlangsung pada November 2026 ini memberikan kita satu tempat untuk bukan hanya bersuara tetapi menimba pengalaman baru membincangkan isu dasar di peringkat global," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Dunia mengenai Acara Peringkat Tinggi Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20) di sini.

Sepanjang persidangan itu, delegasi Malaysia turut mengadakan 10 pertemuan dua hala bersama rakan sejawat dari Algeria, Senegal, Ghana, Somalia, Kuwait, United Kingdom dan Kemboja.

Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik di peringkat serantau dan global, terutamanya dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat.

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi akan terus komited memperkasa masyarakat melalui teknologi digital yang inklusif dan lestari.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI