fb fb fb fb fb

Malaysia bangunkan ujian klinikal ubat denggi

(Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali)

MELAKA, 5 Jun- Malaysia akan mengetuai pembangunan ujian klinikal beberapa ubat-ubatan sedia ada yang digunakan bagi penyakit lain untuk merawat demam denggi di negara ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata,kajian bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDI) itu turut mendapat kerjasama beberapa negara lain seperti Brazil dan India.

Katanya, ujian berkenaan akan dijalankan di negara ini menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) yang dijangka mengambil masa enam bulan hingga setahun.

"Ujian itu dijalankan sebelum ubat tersebut didaftarkan sebagai penawar denggi sekiranya ia berkesan merawat wabak itu.

“Kita telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di bawah CRM untuk melaksanakan ujian klinikal itu dan ia dijangka bermula dalam beberapa bulan lagi,” katanya.

(Khairy pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Melaka)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Melaka, Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Katanya, pencarian penawar denggi menerusi ubat-ubatan sedia ada merupakan satu daripada inisiatif kerajaan untuk melawan denggi.

"Penggunaan ubat berkenaan akan diberikan kepada pesakit demam denggi agar mereka dapat sembuh daripada wabak itu tanpa berdepan komplikasi yang menyakitkan atau serius.," katanya.

Media Baharu