fb fb fb fb fb

Segerakan undang-undang lebih tegas, bendung kemusnahan alam sekitar

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Kes-kes pencabulan alam sekitar perlu ditangani menerusi undang-undang yang lebih tegas.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, undang-undang berkenaan harus disegerakan, dalam usaha membendung kemusnahan alam sekitar.

"Hari Rabu dalam (mesyuarat) Kabinet nanti saya akan tekankan bahawa undang-undang alam sekitar ini perlu disegerakan sebab kita tahu banyak pencerobohan dan sebagainya berlaku. Macam di sini dulu difahamkan adalah tempat pembuangan sampah haram.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditemu bual selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu)

 

"Di sini sepatutnya kawasan hutan hujan ni dijaga dengan baik tapi dijadikan tempat pembuangan sampah jadi perkara-perkara sebeginilah yang memerlukan undang-undang yang tegas supaya tidak ada kes-kes yang berkaitan alam sekitar," kata Ismail Sabri selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu di sini.

Media Baharu