fb fb fb fb fb

Malaysia-Australia komited perkukuh hubungan dua hala -PM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Malaysia dan Australia pada Jumaat menyatakan komitmen masing-masing untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berkata Australia adalah rakan rapat dan penting bagi Malaysia, malah pada 2021, dua negara berkenaan meningkatkan hubungan dua hala melalui kerjasama strategik kepada CSP.

Beliau yang menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, kedua-dua negara turut bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, serta hubungan sesama rakyat.

“Ini merupakan interaksi pertama kami berdua sejak saya memegang tampuk pentadbiran bulan lepas. Australia merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun lepas dengan nilai dagangan berjumlah RM52.28 bilion (USD13.76 bilion),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan rakaman video perbualan antara beliau dan Albanese berdurasi 2.50 minit.

Albanese turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, selain menyifatkan pelantikan beliau sebagai pemimpin utama kerajaan sebagai satu inspirasi menerusi sikap daya tahannya (resiliency) dalam kehidupan dan politik.


(Tangkap layar video perbualan Datuk Seri Anwar dengan Anthony Albanese)

Media Baharu