KUALA LUMPUR, 17 Jun- Malaysia dan Arab Saudi memperhalusi usaha ke arah memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara melalui kepakaran ketenteraan, perubatan dan perisikan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata demikian menerusi lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi, atas jemputan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Tambahnya lagi, satu kumpulan kerja akan ditubuhkan antara Pihak Berkuasa Am Industri Ketenteraan Arab Saudi bersama Bahagian Industri Pertahanan dan Lembaga Dana Angkatan Tentera mengenai perkongsian pengetahuan dan potensi perkongsian industri pertahanan.
Selain itu menerusi pertemuan berkenaan turut dibincangkan adalah tentang kerjasama bidnag industri minyak dan gas melibatkan Aramco dan Petronas serta Keselamatan Makanan.
(Foto FB Hishammuddin Hussein)
Begitu juga kerjasama ekonomi dan kewangan melalui peluang dana kekayaan Arab Saudi iaitu Dana Pelaburan Awam dan Bursa Saham Saudi.