fb fb fb fb fb

Malaysia, Singapura perkukuh kerjasama kesihatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN KE-46

Foto Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Malaysia dan Singapura terus memperkukuh kerjasama dalam bidang kesihatan serantau menerusi perbincangan dua hala yang diadakan di Kementerian Kesihatan (KKM), Putrajaya hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kunjungan rakan sejawatnya, Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung bersama delegasi pada sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 telah membincangkan beberapa kerjasama bidang strategik.

“Antaranya pelabelan Nutrigrade, ke arah promosi pemakanan sihat yang lebih berkesan di kedua-dua negara dan perkhidmatan penjagaan kesihatan rentas sempadan yang membuka ruang kepada keterhubungan sistem kesihatan yang lebih inklusif,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata kerjasama erat itu merupakan manifestasi komitmen kedua-dua negara untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh sistem kesihatan serantau serta menyumbang ke arah kesihatan global yang lebih adil dan mampan.- BERNAMA

MOHAMAD KHAIRIE KHALID